Resolusi skrin terbaik untuk dilihat 1024 x 768


Laman Utama         Produk         Senarai Agen         Forum         Galeri



 

 

Your computer must have Java Applet to run this show

FREE DOWNLOAD HERE

 

 

 

 

 

GALERI GAMBAR

Your computer must have Java Applet to run this show

FREE DOWNLOAD HERE

 

 

PENGENALAN

 

Syarikat Oilyman Technology (SA0013037-V) dahulu dikenali sebagai Diti Marketing Services, telah mula beroperasi sejak tahun 2000 lagi. Pada peringkat awal, Oilyman memasarkan produk minyak pelincir jenama "RADZONE", minyak enjin berkualiti.

 

Pada tahun 2004, Oilyman mula memperkenalkan produk pembersih karbon enjin jenama "DR.CARBON". Tahun 2005, satu formula baru pembersih karbon yang lebih berkuasa telah dipasarkan. Jenama "PROFESSOR" adalah pembersih karbon terkini keluaran Oilyman. Manakala jenama "DR.CARBON" telah dihentikan penjualannya.

 

Atas permintaan pelanggan, Oilyman turut memperkenalkan produk aditif perlindungan enjin (metal treatment) jenama "DOSE", tambahan kepada minyak pelincir untuk lebih prestasi dan perlindungan enjin. Harga berpatutan.

 

Sepanjang aktif dalam dunia automotif, Oilyman turut terlibat secara langsung dalam penajaan beberapa pasukan perlumbaan bagi memperkuatkan imej produk. Bermakna, produk-produk kami bukan sahaja terbukti di jalan biasa, malah untuk kegunaan ekstrem seperti perlumbaan juga boleh berfungsi dengan cemerlang.

 

Untuk membuktikan produk kami berkualiti, ia turut dihantar ke pusat pemeriksaan berkomputer yang bebas dan profesional seperti Speedworks dan Puspakom (dengan kerjasama Sirim QAS).

 

Semua jenama yang tersebut di atas telah didaftarkan (Trade Mark) oleh Oilyman Technology. Sila maklumkan jika anda tahu ada pihak lain yang menggunakan jenama ini tanpa kebenaran. Kerjasama anda amat dihargai. Email aduan kepada sales@oilyman.com.my

 


 AWAS BARANG TIRUAN

Pihak kami ada menerima aduan yang mengatakan ada pihak yang mengaitkan produk keluaran mereka (jenama lain) dan mendakwa ianya keluaran OilyMan. 

 

Dan ada juga yang mendakwa produk mereka adalah sama seperti ProfessoR, dan dijual dengan harga yang lebih murah.

 

Harap para pelanggan semua berhati-hati agar tidak tertipu.

 

Hakcipta © 2000- 2010 Oilyman Technology. Hakmilik terpelihara. Copyright © 2000- 2010 Oilyman Technology. All rights reserved.